Wednesday, July 16, 2008

Senarai Tugas dan Tanggungjawab GPK Kokurikulum

Pengajaran dan Pembelajaran

Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran
Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan.
Membimbing pelajar memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan

Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kokurikulum

Menentukan bekalan, persiapan dan kemudahan asas aktiviti-aktiviti kokurikulum
Menyelenggara dan merekod kelengkapan serta kemudahan kokurikulum
Mengoptimumkan penggunaan kelengkapan dan kemudahan sedia ada
Merancang dan menjadualkan kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun
Menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan institusi/perbadanan luar
Mempengerusikan mesyuarat yang berhubung kait dengan hal-hal kokurikulum

Membantu Guru Besar Dalam Perhubungan Awam

Menjalinkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum
Mempergiatkan aktiviti-aktiviti anjuran PIBG dengan pihak Ibubapa .
Menjalinkan hubungan baik dengan ibubapa secara langsung.

Membantu Guru Besar Dalam Pentadbiran Harian

Menyemak kehadiran staf
Mengawal disiplin, keselamatan dan kebajikan pelajar
Melayan tetamu semasa ketiadaan Guru Besar.
Mengurus maklumat dan data rasmi sekolah

Membantu Guru Besar Dalam Tugas-tugas Lain

Menjalankan tugas-tugas rasmi semasa ketiadaan Guru Besar
Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya.
Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
Beranggungjawab tentang lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.
Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah
Melaksanakan tugas-tugas lain atas arahan Guru Besar atau Jabatan Pendidikan dari masa kesemasa.